Monday, 27 February 2012

Breastfeeding Ketika Hamil




Pengalaman peribadi saya..


Saya mengandungkan anak ketiga tatkala anak kedua saya masih menyusu badan ketika berusia 1 tahun 6 bulan.  Setiap kali mengandung saya memang morning sickness yang agak teruk sehingga 5 bulan. Pada mulanya saya memang nak berhentikan penyusuan,  tetapi anak saya tidak bersedia dari segi emosi.  Akhirnya saya mengalah saya teruskan penyusuan  sehingga saya bersalin.  Dan sekarang saya masih meneruskan penyusuan pada  kedua-dua anak lelaki saya yang berusia 3 tahun dan baby 6 bulan.


Pelbagai pendapat diberikan..tak kurang ‘nasihat’ bertalu talu.. termasuklah dari ibu mertua  yang tidak menyokong....tetapi selagi kita tahu tindakan kita itu benar.....kita boleh abaikan apa kata orang sekeliling…

sekian..





menyusu ketika hamil BOLEH diamalkan..
dilaksanakan jika :

  1. Ibu itu kuat dan bertenaga.....tiada yang memudaratkannya. Hatta morning sickness pun dia tak hairan..gagah perkasa bagaikan juara..sila susukan anak yang sudah lahir dan kandungkan anak yang di dalam rahim…
  2. Telah mendapat nasihat doktor.  Doktor kata anda OK jika susukan anak ketika hamil.  kandungan anda juga OK.
  3. Mendapatkan nasihat Kaunselor laktasi.  Kaunselor laktasi juga kata OK…berdasarkan pertemuan anda dengannya ataupun berbual secara online ataupun ikut apa LC anda katakan la.
  4. Bayi anda itu memang masih hendak menyusu (sebab kalau hamil susu kita akan rasa lain sikit iaitu masin..jika tak berapa masin maybe bayi anda OK…ini semua kerana perubahan hormon
  5. Janin yang dikandung develop well…sangat baik punya tiada yang boleh dipertikaikan.

* ada doktor atau gynea yang kurang friendly bab breastfeeding..maka dapatkanlah opinion kedua ketiga dan sebagainya daripada gynea yang lain. kadang kadang ada juga yang tak berapa nak berani nak kata OK…maka dapatkan pendapat 2-3 orang gynea yang lain

* pakar laktasi anda pasti ada banyak info tentang ini..maka kerapkan diri anda menghubungi mereka

* mitos menyatakan..kalau hamil dan menyusukan anak..nanti bayi di dalam perut tak cukup zat..
salah..
sebab apa??
sebab zat susu dan zat janin perlukan adalah datang daripada tubuh badan ibu…maka badan ibu SAHAJA yang kena kerja kuat…kerana badan ibu kena ‘supply’ makanan kepada 3 orang…bayi di luar dan bayi di dalam rahim dan ibu itu sendiri..kerana inilah faktor no.1 adalah penting. 
penghasilan susu ibu tidak akan mencuri zat yang janin di dalam rahim perlukan…tetapi akan mengambilnya daripada tubuh badan ibu …besarkan pengorbanan ibu..maka jika anda hamil dan menyusukan anak..amalkan pemakanan seimbang kerana..anda kini terbahagi kepada 3….

* mitos juga menyatakan..kalau hamil dan menyusu anak nanti akan berlaku keguguran..sebab itulah faktor no.2 itu penting..jika pakar berkaitan kata selamat…dan anda minta bantuan Allah..maka selamatlah..Jika benarlah hamil dan menyusukan akan memudaratkan janin di dalam rahim pasti ada disebut hukumnya dengan jelas..haram atau harus atau makruh …Tiada disebut..hanya disebut PENDAPAT orang itu dan orang ini..maka semua itu mitos dan tanggapan semata mata…

* mitos juga menyatakan..jika hamil dan menyusukan..si abang/kakak minum hak adik..janin di dalam rahim tak perlukan pun susu..dia ada cara dia untuk hidup di dalam rahim..alam dunia dan alam janin adalah alam yang berbeza,,,

kesimpulannya..

anda BOLEH meneruskan penyusuan ketika hamil selagi TIDAK MEMUDARATKAN mana mana pihak..ibu atau bayi yang disusukan ataupun bayi yang di dalam rahim ibu…

Menangkis mitos ORANG LAMA memang memenatkan.

Tetapi jika kita ada ilmu dan pengetahuan mendalam..boleh kita angguk dan geleng selepas toleh boleh amalkan ikut yang kita suka.


Yang penting anda harus mengamalkan pemakanan seimbang dan mengambil supplement tambahan.





Sebarang pertanyaan,konsultasi percuma dan pembelian, boleh hubungi saya:
Telefon : 012-345 8942
Email: ninamy160472@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...