Friday, 15 June 2012

Khasiat Lobak Putih


Lobak putih atau lobak cina yang memiliki nama saintifik Raphanus  sativa mengandungi karbohidrat, tenaga, vitamin, mineral, kalori, protein , lemak , kalsium, fosforus, serat , zat besi , vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niacin. Lobak ini juga baik untuk organ vital manusia.
Lobak putih mempunyai rasa pedas yang terhasil daripada senyawa glikosida yang terdapat pada umbi dan daun lobak.  Rasanya sedikit pedas dan baunya yang menyengat itu membuatkan sayur ini kurang digemari.
Namun kandungan glikosida di dalamnya dapat menyembuhkan rasa sakit pada perut dan juga mengatasi insomnia. Ini kerana ia bersifat antiinsomnia, hipnotis dan saforis.
Dengan memakan lobak, dapat membantu mengurangkan kegelisahan bagi mereka yang menghadapi masalah sukar tidur. Dengan itu, tubuh dapat lebih relaks dan tidur nyenyak.
Lobak putih mengandungi khasiat tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering berlaku akibat ketidhadaman makanan.
Keadaan ini bukan sahaja menyakitkan tetapi juga menyebabkan seluruh badan rasa tidak selesa. Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap brokitis, sakit tekak, asma, batuk dan selesema.
Ia berfungsi menentang bakteria. menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antiseptik.  Sesuai dimakan sebagai ulam terutama dalam kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.
Bagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air lobak. Minumlah air perahan lobak sekali setiap tiga bulan.
Memakan lobak secara rutin dipercayai dapat menghaluskan kulit. Vitamin C yang terkandung di dalam lobak berkhasiat sebagai antioksidan dan dapat menghalang senyawa melanin.
Lobak juga dapat digunakan untuk pelangsingan. Ia dapat membantu mengurangkan nafsu makan kerana mengandungi enzim diastase yang melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam jaringan tubuh.
Sekiranya diambil secara rutin, ia dapat membantu mencerahkan kulit kerana vitamin C yang terdapat di dalam lobak putih sangat berkhasiat sebagai antioksidan dan berperanan mengeluarkan melanin dan zat pigmen dalam kulit.

Petua kurangkan tekanan darah tinggi

cara-caranya:
  1. Sediakan satu atau dua batang lobak putih.
  2. Bersihkan ia terlebih dahulu dan ambil isinya saja.
  3. Kemudian kisar atau tumbuk lobak putih tu bersama dengan gula batu sebesar ibu jari. Kisar atau tumbuk bahan tersebut sehingga halus atau hancur.
  4. Setelah itu, tuangkan dan tapis jus lobak putih itu ke dalam gelas.
  5. Minumlah jus tersebut dua kali sehari.
**Amalkan petua ini dan selepas itu berjumpalah dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mengetahui perkembangan semasa darah tinggi anda.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
012-3458942 / ninamy160472@yahoo.com 
(Add FB saya   Roselina Nina )


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...