Showing posts with label Set Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Set Bersalin. Show all posts

Sunday, 1 September 2013

CARA MERAWAT BAYI SONGSANG

Apakah menyebabkan kedudukan bayi songsang semasa hamil?

Tiada sebab yang jelas mengapa kedudukan kepala bayi yang tidak pusing. Dalam kes-kes lain,kedudukan bayi songsang mungkin dikaitkan dengan:
  • Kelahiran bayi yang bermula sebelum minggu ke-37 kehamilan iaitu di mana sebelum bayi akan memusingkan kepala ke bawah sendiri.
  • Anak kembar dua atau lebih. Ruang yang terhad untuk dua atau lebih bayi boleh mengehad mereka berpusing ke bawah sebelum bersalin.
  • Cecair air ketuban yang terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam rahim. Air ketuban yang terlalu banyak memberi lebih ruang dan bayi bebas berpusing di saat-saat kelahiran. Air ketuban yang terlalu kurang mengehadkan bayi menukar posisi di saat-saat kelahiran jika kepala bayi masih di atas.
  • Masalah rahim seperti rahim yang berbentuk aneh atau terdapat pertumbuhan fibroid dalam rahim. Jika fibroid dalam rahim terlalu besar, ia juga mungkin menghalang bayi untuk memusing.
  • Otot rahim yang lemah dan regang akibat daripada kehamilan yang lalu.
  • Masalah dengan kecacatan bayi, termasuk jantung, saluran penghadaman, dan masalah otak, seperti sindrom Down, anencephaly, atau hydrocephalus.


CARA MERAWAT BAYI SONGSANG

❏ Ketika solat digalakkan untuk sujud lama sedikit sekurang-kurangnya dalam 5 minit.

❏Dalam keadaan sujud rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan baby dan baringkan selama 20-30 minit.

❏Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.

❏Buat seperti merangkak elakkan merangkak ke depan,buat dalam dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan ,baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah.

❏Ambil segelas air kosong,bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dh dibacakan dgn surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w... Lebihan air boleh lah diminum... Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama...


❏Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan kelahiran anak yang kita kandungkan...


❏Letak pek ais kt atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kt kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.


❏Cuba bermain dengan touch light. Ambil touch light dan suluh kt bawah pusat. Tujuannya supaya bayi bergerak ke arah cahaya.


❏Rajin2 bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk dikedudukan yg betol.

Monday, 18 March 2013

CARA BUAT AIR SELUSUH.....

Pada zaman dahulu, selusuh digunakan sebagai ikhtiar yang berpandukan Al-Quran dan hadis. Dari segi hukum Islam, selusuh ialah harus. Maknanya tiada salah asalkan tiada bacaan yang bercanggah seperti jampi yang karut marut. Terdapat pelbagai bahan yang boleh digunakan untuk membuat selusuh iaitu air, minyak, kurma atau kismis.

Jika menggunakan air, sebaik-baiknya gunalah air zam-zam. Selain itu boleh juga digunakan air mineral atau air masak. Minyak yang boleh diguna ialah minyak kelapa muda yang dibuat sendiri, minyak zaitun atau minyak masak biasa. Kismis dan kurma pula pastikan bilangannya ganjil sama ada 7, 3 atau paling kurang 1.

Para ulama menghasilkan selusuh berpandukan pelbagai ayat Al-quran. Berikut ialah langkah membuat air selusuh.

Cara 1

1.Al-Fatihah.
2.Surah al-Hasyr ayat 21.
3. Selawat syifa (Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya).
4. Bacakan doa "Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian tiup pada air atau minyak, perlu minum 7hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
5.Sapukan air tau minyak diperut ibu dari atas ke bawah dengan selawat 7 kali.
6.Minyak selusuh perlu diminum sebaNyak satu sudu apabila sakit hendak bersalin.

Cara 2

1.Beristighfar 3 kali
2.Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W,para sahabt dan para pengikutnya.
3.AL- Fatihah 1 kali.
4.Selawat 11 kali.
5.Alam Nasyrah 7 kali.
6.Al-Ikhlas 3 kali.
7.Al-Falaq 3 kali.
8.An Nas 3 kali.
9.Al-Fatihah 1 kali. Kemudian doa apa yang dihajati.

Cara 3

1.Al-Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalam hati memohon memudahkan bersalin sebanyak 3 kali.
2.Selawat Syifa 7 kali.
3.Surah al Hasyr ayat 21, 3 kali.
4.Surah Al-A'raa ayat 54, 3 kali.
5.Hembus pada air, minyak atau kurma.




Thursday, 14 March 2013

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN

Waktu Mula Meneran

* Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat

* Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran

* Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.







CARA MENERAN SEMASA BERSALIN

1. angkat kepala dagu cecah dada.

2. mata pandang perut

3. tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)

4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat

5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6.tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax...

7. baca bismilah, selawat

8. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat) 

Saturday, 9 March 2013

Selepas Kelahiran





Sakit-sakit Badan

Pada minggu pertama setelah melahirkan anak, tubuh anda akan memulakan proses pemulihan diri. Oleh itu, anda akan dapat merasakan beberapa perubahan kecil berlaku pada tubuh anda. Antara perubahan perubahan yang akan anda alami.

Payudara terus membengkak
Hal ini akan terjadi sehingga 2-3 hari setelah kelahiran anak, ini adalah untuk mempersiapsediakan
pengeluaran air susu dari tubuh anda. Pembengkakan payudara ini akan mula menyusut sebaik sahaja
anda mulai menyusukan bayi anda. Proses penyusuan pula perlulah dilakukan secara teratur, jika tidak, payudara anda mungkin akan terus membengkak.


Rahim mulai mengecut
Proses pengecutan rahim memang agak menyakitkan. Untuk kembali ke ukuran semula, rahim akan
mengecut sekitar 1 cm setiap hari. Proses pengecutan ini akan mencegah terjadinya pendarahan selepas bersalin (tumpah darah) . Salah satu cara mudah untuk mengatasinya adalah dengan memperbanyakkan minum air, jesturu itu, ia juga akan membuatkan anda kerap kali membuang air kecil dan ini sedikit sebanyak membantu kelancaran proses pengecutan tersebut.


Mengalami sembelit
Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron telah membuatkan otot-otot saluran pencernaan
berkontraksi lebih lambat. Dan, hormon ini masih lagi kekal tinggi pada minggu pertama hingga minggu
kedua setelah anda melahirkan bayi. Oleh itu, perbanyakan makanan berserat tinggi, banyak minum,
berjalan-jalan (akan membantu pergerakan usus), serta lakukan senam Kegel (melatih otot-otot vagina dengan cara seolah-olah ingin membuang air kecil selama beberapa detik, lalu mengendurkannya lagi).  Setelah 2 minggu, keadaan sembelit ini biasanya akan beransur baik.


Kesakitan Pada Perineum
Ini terjadi kerana bekas jahitan pembedahan atau trauma ketika melahirkan bayi. Kalau anda terasa sakit, anda mungkin boleh menekap perineum anda dengan ketulan ais yang dibungkus kain. Anda juga boleh berbaring secara mengiring dan duduk di atas bantal (agar otot-otot di sekitarnya berasa amat selesa), atau kerapkan melakukan senaman Kegel. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka, bilas atau “rendam” perineum dengan cairan antiseptik (seperti anjuran doktor) selama 5 minit.


Pengeluaran darah tanpa henti
Lokia adalah keluarnya cairan dari vagina selama 3-6 minggu. Sampai hari ke-4, cairan yang keluar
umumnya berwarna merah tua dan lokia akan berubah warna secara berperingkat-peringkat, dari merah
muda, kecoklatan, hinggalah kepada kekuning-kuningang. Pembalut wanita, bukan tampon, biasa digunakan untuk menyerap cairan yang keluar. Jadi, haid yang sebenarnya paling cepat terjadi selepas 6 minggu setelah persalinan (bila anda tidak menyusui), serta kira-kira beberapa bulan sesudahnya (bila anda menyusui).


Sakit lepas buang air kecil
Jika anda menjalani pembedahan caesar, pundi kencing anda akan menjadi sensitif selama beberapa
minggu. Ini kerana, pundi kencing terpaksa dipisahkan dari rahim anda untuk memudahkan proses kelahiran bayi. Ini mengakibatkan, dinding pundi kencing anda akan menjadi bengkak. Kalau persalinan anda normal, gangguan hanya terjadi sekitar 1-2 minggu saja. Pundi kencing menjadi bengkak kerana tertekan ketika kelahiran bayi. Untuk menghilangkan rasa kait ini, anda perlu berjalan-jalan sedikit atau menekapkan perineum anda dengan ais supaya timbul keinginan untuk membuang air kecil.


Bagaimana depresi boleh terjadi?

Disebabkan anda baru sahaja melahirkanbayi, hormon-horman di dalam badan anda sudah pastinya belum dapat berfungsi dengan seimbang. Ini serba sedikit akan menyebabkan perasaan depresi (tertekan) kepada diri anda. Sebenarnya, ada beberapa jenis depresi . Namun begitu, depresi yang sering melanda para ibu setelah melahirkan bayi adalah depresi jenis “baby blues” dan “postpartum depression”.

Apakah perbezaannya?
Baby blues adalah bentuk depresi yang paling ringan. Biasanya, ia timbul antara 2 hari hingga 2 minggu setelah melahirkan bayi. Lamanya depresi juga tidak terlalu berlarut-larut, hanya sekitar 2 minggu saja. Apa yang pasti, 80% ibu yang baru melahirkan andak akan mengalami “baby blues” ini. 


Terdapat beberapa tanda anda mengalami depresi baby blues. Antaranya, anda selalu berasa sedih, sering menangis, dan sensitif. Biasanya, gejala depresi ini tidak akan memburuk, sehingga anda terpaksa menjalani terapi khusus. Sokongan dari ahli keluarga sam ada dari suami serta keluarga biasanya sudah cukup untuk membantu anda melalui waktu-waktu yang sukar ini.

Postpartum depression (PPD) pula adalah bentuk depresi yang lebih serius. Bezanya dengan baby blues adalah pada frekuensi, intensiti, dan tempoh ia berlaku. Masalah tidur adalah satu cara untuk membeza kan keduanya. Jika anda sentiasa berasa gelisah sehingga tidak boleh tidur, kemungkin besar anda mengalami PPD. PPD mungkin wujud selepas 2 minggu hingga setahun setelah anda melahirkan anak. Gejalanya? Anda merasa tidak bermaya, gelisah, bimbang akan menyakiti si kecil, sukar menumpukan perhatian, tiada nafsu makan, berat badan menurun, berasa bersalah, dan sebagainya. Seringkali, PPD juga terjadi kerana stress, iaitu anda merasa seperti tidak sanggup untuk menjalani peranan baru sebagai seorang ibu dan ditambah pula dengan persekitaran keluarga yang tidak membantu. Jadi, ia bukanlah hanya disebabkan oleh hormon semata-mata.


 Perlu diketahui, keberangkalian depresi ini berulang bagi setiap 1 dari 10 ibu adalah sehingga 50% . Oleh itu, jangan sekali-kali menundakan rawatan terapi anda. Selalunya, rawatan ini akan dijalankan oleh pakar psikitari dan kadangkala memerlukan anda mengambil ubat-ubatan. Usah bimbang, ubat yang digunakan adalah sesuai bagi ibu yang menyusukan bayi.


Tuesday, 22 January 2013

TANDA-TANDA KELAHIRAN



✔ kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika tinggal jauh) Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

✔ keluar air ketuban : Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

✔ keluar darah dari vagina. : Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.



✔ Sakit Belakang : Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

✔ Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Seakan ada 'ruang' di bawah rusuk.
✔ Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
✔ Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
✔ Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.



>>KHASIAT DAN KEBAIKAN SET BERPANTANG SHAKLEE<<

VITA LEA WITH IRON FORMULA
* Ibu yg sdg berpantang di galakkan ambil vita lea sbb semasa dlm pantang bnyk makanan yg kita xboleh makan so tenaga kita akan berkurang.
* Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin,oleh itu ibu perlu ambil makanan yg seimbang dan berkhasiat bg m'gantikan semula darah yg hilang.

* Mengandungi zat besi yg sgat penting dalam pembentukan sel darah merah.
* Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
* Kalau nk bf baby,pengambilan zat besi adalah sgat penting.
* Vita lea xblh di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi penyerapan zat besi oleh badan.

B COMPLEX
* Membantu menstabilkan hormon badan kita
* Jika kurang B complexblh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi..
* Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
* Menukarkan makanan kpd tenaga

ZINC COMPLEX
* Ibu2 yg xmakan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg tepat kpd makanan tersebut.
* Galian yg sgat penting dlm membantu proses pemulihan.
* Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
* Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn baik.
* Mengurangkan masalah rambut gugur
* Memabntu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

VITA C
* Berkonsepkan pelepasan masa.
* Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara konsisten.
* Vita c sgat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
* Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
* Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin....


Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


OSTEMATRIX
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang…
 



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
012-3458942 / ninamy160472@yahoo.com 
(**LIKE** page saya :  http://www.facebook.com/LoveBabyShoppe
(Add FB saya   Roselina Nina
Anda mungkin juga meminati:

Tuesday, 30 October 2012

Doa tatkala ingin bersalin/sedang bersalin.


Doa tatkala ingin bersalin/sedang bersalin.

ﻻ ﺍﻟﻪ ﺍﻵ ﺍﷲ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ ﺍﻟﺤﻟﻴﻢ ﻻ ﺍﻟﻪ ﺍﻵ ﺍﷲ ﺮﺐ ﺍﻟﻌﺮﺶ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ ﻻ ﺍﻟﻪ ﺍﻵ ﺍﷲ ﺮﺐ ﺍﻟﺴﻤﻭﺍﺖ ﻭﺍﻻﺍﺭﺽ ﻭﺮﺐ ﺍﻟﻌﺭﺶ ﺍﻟﻌﻈﻴﻡ

“Laaa Ilaaha Illallaahul ‘Azhiimul Haliimu Laaa Ilaaha Illallaahu Robbul ‘Arsyil ‘Azhiimi Laaa Ilaaha Illallaahu Robbus Samaawaati Wal Ardhi Wa Robbul ‘Arsyil Kariimi“

Ertinya: “Tidak ada Tuhan melainkan Allaah yang Maha Besar lagi Maha Penyantun, tidak ada Tuhan melainkan Allaah Robb ‘Arsy yang Agung, tiada Tuhan melainkan Allaah Robb langit dan bumi dan Robb ‘Arsy yang Mulia “.

Keterangan:
Tatkala menghadapi proses lahiran atau persalinan perbanyaklah membaca doa di atas. Semoga Allaah Subhaanahu Wa Ta’aala memberikan kemudahan di dalam kelahirannya.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
012-3458942 / ninamy160472@yahoo.com 
(**LIKE** page saya :  http://www.facebook.com/LoveBabyShoppe
(Add FB saya   Roselina Nina

Set Bersalin Optimum

>>KHASIAT DAN KEBAIKAN SET BERPANTANG SHAKLEE<<

VITA LEA WITH IRON FORMULA
* Ibu yg sdg berpantang di galakkan ambil vita lea sbb semasa dlm pantang bnyk makanan yg kita xboleh makan so tenaga kita akan berkurang.
* Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin,oleh itu ibu perlu ambil makanan yg seimbang dan berkhasiat bg m'gantikan semula darah yg hilang.
* Mengandungi zat besi yg sgat penting dalam pembentukan sel darah merah.
* Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
* Kalau nk bf baby,pengambilan zat besi adalah sgat penting.
* Vita lea xblh di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi penyerapan zat besi oleh badan.

B COMPLEX
* Membantu menstabilkan hormon badan kita
* Jika kurang B complexblh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi..
* Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
* Menukarkan makanan kpd tenaga

ZINC COMPLEX
* Ibu2 yg xmakan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg tepat kpd makanan tersebut.
* Galian yg sgat penting dlm membantu proses pemulihan.
* Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
* Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn baik.
* Mengurangkan masalah rambut gugur
* Memabntu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

VITA C
* Berkonsepkan pelepasan masa.
* Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara konsisten.
* Vita c sgat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
* Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
* Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin....



Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


OSTEMATRIX
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang…





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
012-3458942 / ninamy160472@yahoo.com 
(**LIKE** page saya :  http://www.facebook.com/LoveBabyShoppe
(Add FB saya   Roselina Nina



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...