Showing posts with label Vitamin untuk ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label Vitamin untuk ibu hamil. Show all posts

Thursday, 17 May 2012

Morning Sickness

Bagi sesetengah ibu mengandung, morning sickness atau mabuk mengandung adalah ‘kawan baik’ yang datang tidak kira di mana2 peringkat kehamilan. Ada orang semasa trimester pertama, ada yang dalam trimester kedua, ada yang morning sickness bermula dalam trimester ketiga, dan ada juga yang berlanjutan dari awal mengandung hingga bersalin!


Apakah yang menyebabkan morning sickness?


Penyebab utama morning sickness adalah perubahan hormon semasa hamil. Progesteron menyebabkan otot menjadi lebih relaks, termasuk otot sistem pecernaan. Makanan akan berada lebih lama dalam sistem pencernaan dan boleh menyebabkan ‘angin’. Ia juga menghantar isyarat ‘muntah’ kepada otak.
Satu lagi sebab morning sickness ialah masalah kelenjar tiroid yang membawa kepada hyperemesis gravidum. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil mengalami muntah teruk hingga badan kering air dan perlu rawatan di hospital. Banyak sebab hyperemesis gravidum ni, antaranya masalah tiroid dan mempunyai cyst dalam uterus.
Bila mengandung, keperluan nutrisi seorang ibu bertambah. Adakah dia kena makan banyak? Makan banyak itu mungkin betul, tapi bukan bermakna makan nasi bertambah 3 pinggan. Kita kena faham beza antara keperluan badan dengan keperluan perut. Perut kenyang sukahati tapi badan perlukan nutrisi.
Oleh itu, ibu mengandung memerlukan:
-Vitamin yang mudah diurai dan diserap oleh tubuh
- Zat2 seperti kalsium, vitamin B, zat besi, etc yang diperlukan hampir dua kali ganda semasa mengandung.
- Protein yang lebih dari biasa.
Oleh itu, ibu dicadangkan mengambil vitamin yang berciri berikut:
- Dibuat dan diproses secara semulajadi
- Mengandungi nutrien penting yang kadangkala tidak dibekalkan oleh preskripsi klinik (kebanyakan klinik memberi asid folik, bukan full spectrum B Complex)
- Tiada bahan2 sintetik terutama pewarna dan perasa (cuba genggam vitamin yang anda ambil sekarang, adakah warnanya melekat di tangan? Awas pewarna tiruan!)
- Mudah dicerna dan diserap oleh tubuh
- Tiada kesan sampingan
Apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk ibu hamil?
(1) Shaklee Vitalea Iron Formula (multivitamin & multimineral)
(2) Shaklee B Complex
(3) Shaklee Vita-C
(4) Shaklee Ostematrix (kalsium)
(5) Shaklee Omega Guard (untuk kandungan 4 bulan ke atas)
(6) Energizing Soy Protein/Shaklee Meal Shake
Produk di atas adalah asas kepada pembinaan kehamilan bagi ibu dan bayi yang sihat.
Bagaimana pula dengan simptom2 semasa mengandung? Adakah produk tertentu yang boleh membantu melegakan ibu?
Ya, semestinya ada. Berikut adalah cadangan:
Morning Sickness
- Konsisten mengambil vitamin Shaklee yang disenaraikan di atas.
- Ibu hamil sensitif terhadap bau, jadi segarkan ruang rumah/pejabat dengan bau yang menyegarkan.

PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
012-3458942 / ninamy160472@yahoo.com 
(Add FB saya   Roselina Nina )

Tuesday, 1 May 2012

Makanan Tambahan untuk Ibu mengandung


Vitamin dan mineral sangat penting untuk ibu mengandung dan ibu yang menyusu, sedikit info untuk anda semua.








Protein
o Untuk pertumbuhan sel-sel janin.
o Membantu air susu yang berkualiti.

Kalsium dan Magnesium
oPenting untuk pembentukan tulang dan gigi pada bayi.
o Terlibat dalam pembentukan susu ibu.
o Meransang kontraksi pada saat melahirkan.
o Mencegah osteoporosis.
Tulang dan gigi bayi dibentuk dengan kalsium. Kalau ibu hamil kekurangan kalsium, maka janin akan mengambil kalsium dari tulang ibu. Hal ini menyebabkan wanita yang pernah hamil lebih mudah terkena osteoporosis.

Vitamin B complex
oPenting untuk pembentukan sel genetik.
o Mencegah anemia.

Omega 3
Omega 3 baik untuk ibu hamil, terutama kehamilan 4-6 bulan, kerana DHA yang baik untuk pertumbuhan sel otak janin yang dikandungnya. DHA merupakan komponen yang menyusun lebih dari 60% lemak otak dan sistem saraf pusat.

Zat besi dan Asam folat
o Mencegah terjadinya cacat saraf pada bayi.
o Produksi sel-sel darah merah.
o Pembentukan organ tubuh janin saat kehamilan dan masa menyusui.

Vitamin A
Berdasarkan penelitian, bila wanita yang sedang hamil mempunyai vitamin A dengan pengambilan lebih dari 50.000 IU selama beberapa bulan, bayi yang dilahirkan ternyata berisiko tinggi terkena cacat pada jaringan saraf.

Beta karotin
Beta karotin adalah bentuk awal vitamin A atau retinal. Tubuh manusia memiliki kemampuan untuk mengubah beta karotin menjadi vitamin A apabila diperlukan. Tidak seperti vitamin A, beta karotin memiliki kemampuan sebagai antioksidan yang dapat melindungi sel tubuh dari kerosakan kerana radikal bebas. Selain itu, vitamin A cenderung beracun jika di ambil dalam jumlah berlebihan, sebaliknya tidak untuk beta karotin.
belum pernah terjadi sebarang keracunan jika anda terlebih mengambil beta karotin. Namun ia perlu dikawal bagi ibu mengandung supaya pengambilannya tidak berlebihan.

Shaklee menyediakan set lengkap prangnant yang terdiri daripada :
Multivitamin + Iron
B Complex + Acid Folic
Vitamin 500g
Ostematrix @Kalsium
Omega Guard
Energising Soy Protein




PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
012-3458942 / ninamy160472@yahoo.com 
(Add FB saya   Roselina Nina )

Tuesday, 24 April 2012

Kepentinggan Acid Folic


Rahsia Khasiat Asid Folik (Ibu Mengandung Wajib Baca)


Bagi ibu-ibu yang mengandung, amalkan pemakanan yang sehat yang sihat sangat perlu dititikberatkan, pemakan yang betul boleh memberikan kesihatan kepada tubuh badan dan kesihatan bayi didalam kandungan.
Antara perkara yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh seorang ibu mengandung ialah  Asid folik (folic acid). Anda memerlukan Asid Folik bagi memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi anda adalah seiring dengan pembesarannya. Asid folik jua adalah utk tumbesaran otak bayi.. 

Ianya merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung.


Tapi malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Lebih malang lagi.. bila sudah mengandung pun masih juga tidak mahu menuruti nasihat doktor utk mengambil vitamin dan asid folik yang diberikan.
Untuk pengetahuan.. Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD. Kalo menurut kajian , pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku. Fantastic isn’t it!!! Of course.. Allah yang tentukan semua tu..but usaha kita .. usaha kita mengamalkan dan doa kita utk anak dlm kandungan itu perlu ada..
Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Para saintis tidak pasti sebenarnyer bagaimana ia boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan (kuasa Allah tak dapat disingkap..) namun saintis pasti, ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.
Satu kempen telah dijalankan di AS untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.
Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.


Sumber-sumber Asid FolikMakanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.Risiko kekurangan Asid FolikKekurangan folik asid boleh menyebabkan :
  • Sakit disekeliling mulut.
  • Sakit lidah.
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  • Anemia.
KesimpulanMereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik. 


PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
012-3458942 / ninamy160472@yahoo.com 
(Add FB saya   Roselina Nina )

Thursday, 19 April 2012

Anemia

Jangan Ambil Ringan Hb Rendah Semasa Hamil.
------------------------------------------------------------

1) Apakah itu anemia?
******************
Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

2) Apakah tanda-tanda dan gejala anemia?
*********************************
Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
-Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
-Kelihatan pucat
-Kesukaran bernafas/sesak nafas
-Loya
-Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
-Sakit kepala dan pening
-Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
-Mudah lupa

Gejala yang jarang berlaku :
-Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
-Sakit di bahagian perut atau abdomen

3) Kenapa berlakunya anemia?
************************
-Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian
-Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
-Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia.
-Walaupun jumlah pengambilan zat besi (iron) dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
-Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

4) Siapa yang berisiko mengalami anemia?
*********************************
-Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
-Wanita yang mengandung kembar
-Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
-Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

5) Adakah anemia berbahaya kepada saya dan bayi?
**************************************
Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :
KEPADA IBU
-Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
-Tekanan darah tinggi(eklampsia)
-Keguguran
-Kematian
KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN
-Kematian janin
-Kelahiran bayi tidak cukup bulan
-Kelahiran bayi kurang berat badan

*Sebab tu kalau pergi check kat KK, nurse selalu marah kalau hb rendah kan??

6) Seriuskan masalah anemia saya?
****************************
Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:
a) < 6.9 - SANGAT TERUK
b) 6.9 < 8.0 -TERUK
c) 8.0 < 9.5 - SEDERHANA
d) 9.5 - 10.5 - RINGAN










Bagi ibu-ibu yang hamil, jangan sesekali memandang remeh hal ini..Pengambilan supplemen 2 biji Vita-lea Shaklee setiap hari dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.


Tips Pengambilan Iron Supplement.
--------------------------------------------
1) Pengambilan zat besi bersama vitamin C akan dapat membantu penyerapan zat besi lebih OPTIMUM!
2) Elakkan pengambilan zat besi bersama kalsium. Ini kerana, kalsium akan menggangu penyerapan zat besi yang maksimum.
3) Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras hemoglobin ang normal di dalam badan. Sumber asid folat boleh didapati di Shaklee Vita-Lea dan Shaklee B-complex.

*Buat ibu-ibu hamil yang comel...Jom cuba SET EU-FOUR PACK kami..khas untuk preggy moms and bf moms....(^_-)Lihat seterusnya..

Credit to : wonderful lifemy

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
012-3458942 / ninamy160472@yahoo.com 
(Add FB saya   Roselina Nina )

Thursday, 12 April 2012

Set Ibu Mengandung


Bagi wanita-wanita diluar sana yang sedang merancang dan juga sudah bersedia untuk hamil, anda dinasihatkan untuk mula mengambil asid folik. dicadangkan tiga bulan sebelum mengandung. Kerana apa ye? Pengambilan asid folic adalah bagi mengelakkan terjadinya spina bifida dan kecacatan kelahiran kepada bayi anda. Badan ibu memerlukan paling kurang 400 mcg asid folic setiap hari bagi memenuhi keperluan tubuh ibu dan juga bayi yang dikandung.

Jika anda mengambil set ibu hamil Shaklee, anda tidak perlu lagi mengambil vitamin yang dibekalkan oleh pihak klinik. Ini adalah kerana kandungan acid folic yang terdapat dalam vitamin-vitamin tersebut sudah cukup bagi menampung keperluan si ibu. Ada yang bertanya, di dalam B complex hanya terdapat 200 mcg acid folic. Jadi dari mana kita nak dapatkan lagi baki 200 mcg acid folic? Jawapannya: baki lagi 200 mcg itu kita akan dapat dari Vitalea (multivitamin).

200 mcg folic acid dari Shaklee B-Complex
                                +                                          =      400mcg folic acid.
200 mcg folic acid dari Shaklee Vita-Lea









Untuk wanita hamil trimester 1 : Vitalea, B complex, vitamin C dan Ostematrix(kalsium)





Untuk wanita hamil trimester 2&3 : Vitalea, B complex, vitamin C, Ostematrix(kalsium) dan Omega guard.






Kalau ada duit lebih:ambillah ESP(energizing soy protein)
(sebaiknya diamalkan lebih2 lagi jika anda masih bf baby)







Jadi, sebagai persediaan untuk hamil dan juga kepada ibu yang sedang hamil, kami mencadangkan vitamin-vitamin dibawah 


Bakal ibu / ibu yang hamil trimester 1

Kami menggalakkan anda untuk mengambil set Eu-Four Pack yang mengandungi:

• Vita-Lea Iron Formula (MultiVitamin)
• B-Complex
• Vitamin-C
• OsteMatrix (Cal-Mag)
Jika anda mempunyai kewangan lebih, kami juga menggalakkan anda untuk mengambil
• Energizing Soy Protein (ESP)



ibu yang hamil trimester 2&3

anda digalakkan mengambil set Ue-Four Pack ditambah dengan OmegaGuard

Jika anda mempunyai kewangan lebih, kami juga menggalakkan anda untuk mengambil
• Energizing Soy Protein (ESP)



Info:

Vita-Lea Iron Formula: MultiVitamin lengkap dengan Iron. Sesuai diambil jika Hb anda rendah. 

B-Complex: Beri tenaga, lengkap dengan Acid Folic. Vitamin B6 dapat mengurangkan rasa mual akibat morning sickness.

Vitamin C: (ascorbic acid) Sumber kolagen untuk kulit, rawat mild flu, rawat gusi bengkak sepanjang mengandung.

Kalsium (OsteMatrix): Sumber kalsium, beri tenaga, bantu tidur malam dengan lena (quality sleep!) & elak kekejangan.

OmegaGuard : Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Nak anak bijak tak?

ESP: Sumber protein, beri tenaga, gabungan dengan Vitamin-C dapat kurangkan kesan stretch-mark melampau.


*Note: OsteMatrix dan ESP turut bertindak sebagai milk booster terbaik jika anda seorang ibu yang mengandung & menyusu. Namun begitu, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda sekiranya anda ingin meneruskan penyusuan apabila disahkan mengandung.. :D





PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
012-3458942 / ninamy160472@yahoo.com 
(Add FB saya   Roselina Nina )



Wednesday, 4 April 2012

Susu Ibu Berubah Warna & Lebih Pekat dengan Shaklee


Ramai ibu-ibu yang mencari petua untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Pemakanan 
dan juga emosi juga sebenarnya mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Selain 
daripada mengikuti petua-petua yang ada, ibu-ibu juga boleh mengambil suplemen 
tambahan yang berfungsi untuk menjadikan tubuh ibu lebih sihat, kurang stress, 
kurang rasa letih walaupun kurang rehat/tidur. Apabila ibu rasa lebih sihat dan 
bertenaga, penyusuan susu ibu juga dapat dijayakan dengan lebih baik.

___________

Pagi tadi saya menerima SMS text dari Nurul yang baru mencuba set E. 
Katanya dia terkejut susunya menjadi kekuningan dan nampak pekat sikit. 
Alhamdulilah, nampaknya Noorul tak hadapi masalah untuk adapt dengan set ini. 
Saya agak tubuh badan Nurul dalam keadaan yang sihat dan sejahtera, jadi tak banyak 
yang kena ‘repair’. Berbanding beberapa ibu yang memerlukan masa untuk nampak 
kesan, mungkin kerana gaya hidup yang sentiasa dalam keadaan penat dan 
stress, menyebabkan ‘banyak kerja’ sebelum susu boost up, walaupun 
kekerapan mengepam tu tak berubah.

Lihatlah perbezaan susu perahan Nurul dengan teman sepejabatnya.



Inilah susu ibu yang kaya dengan nutrisi. Pekat, dan menggiurkan.


Insya-Allah, kepada sesiapa yang mencuba dan mengikut aturan, serba terus 
tekun berdoa dan bertawakal, masanya akan tiba juga untuk menjadi seperti Nurul. 
Tak semua orang akan react pada masa yang pantas, bergantung kepada keadaan 
tubuh badan kita. Ada orang yang badannya banyak sel rosak, hormon tak stabil akibat 
penat dan stress, mungkin memerlukan sedikit masa. Tetap, istiqamahlah, rujuk 
kepada orang yang mengedarkan kepada anda, sebab apa jadi begitu begini.

Saya akui ada 2-3 orang yang mengalami healing crisis, antara lain badan rasa penat, 
lesu, tapi ia adalah normal. Badan kita sedang membuang toksin dan merepair apa 
yang patut, menyebakan badan rasa lemah2. Saya juga pernah mengalaminya. 
Cara mengatasinya ialah dengan minum air dalam kuantiti yang banyak dan 
teruskan berdoa. Ada yang terus berhenti sebab katanya tak sesuai… Ya 
memang ada jenis2 orang yang tak sesuai, terutama dengan set yang mengandungi 
alfalfa, iaitu mereka yang berpenyakit buah pinggang dan SLE (penyakit lupus). Orang 
yang ada diabetes tak sesuai mengambil soy protein. Atau mungkin ada orang jenis 
elergi dengan jenis vitamin (ada ke? ada kot kan? saya elergik dengan ubat, 
antibiotik dari jenis Penicillin).

Saya kagum dengan ibu-ibu yang terus tabah dan percaya, walaupun 
hasilnya lambat, seperti Sis Idayu. Saya masih ingat Sis Idayu menghubungi 
saya kerana susunya menjadi kurang selepas mengambil set B. 
Selepas diberi konsultansi…. 2-3 minggu selepas itu Sis Iday menghubungi 
saya untul full set, tambah Soy Protin! Kagum saya kerana beliau terus bersabar 
dan percaya dengan produk ni. Alhamdulillah, mari kita doakan kejayaan Sis Idayu 
dalam misi penyusuannya.

source : Mommy Lyna 

 jangan risau kerana suplemen Shaklee adalah sangat-sangat selamat untuk 
diri anda dan bayi anda kerana ia dihasilkan dari bahan semulajadi. Ia bukan 
sintetik yaaa...

anda ingin mencuba? Kami ada trial pack utk sebln juga.



PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
012-3458942 / ninamy160472@yahoo.com (Add FB saya   Roselina Nina )



Friday, 30 March 2012

Vitamin Add on Untuk ibu Hamil dan Menyusu





Buat Ibu Hamil dan menyusu...Berikan Bayi Anda Permulaan Yang Baik.....
...Anda boleh add on vitamin ini kerana biasanya klinik kesihatan tidak membekalkan Vitamin2 ini...


OSTEAMATRIX -Kalsium Shaklee adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi. Sesuai ubtuk ibu yang tidak minum susu.

OMEGA GUARD (Fish Oil)
Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada plasenta & susu ibu.

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Sumber terbaik daripada kacang soya,
Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
Untuk ibu yg morning Sickness, ia memberi rasa kenyang dan bertenaga


PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.
012-3458942 / ninamy160472@yahoo.com (Add FB saya   Roselina Nina )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...